Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Ulasan Filem - How To Train Your Dragon 2

Bayangkan ini. Dunia dengan naga, dan anda mempunyai kemahiran untuk menjinak menunggangnya. Itulah premis terbaru yang menjadi fokus sekuel kepada filem How to Train Your Dragon yang pertama kali menjengah pawagam pada tahun 2010. Filem pertama bertemakan konflik kewujudan bersama antara manusia dan naga dan telah berjaya merungkai persoalan tersebut pada klimaks filem tersebut. Filem kedua ini membawa tema yang agak berbeza. Namun begitu, keterujaan yang cuba digarapkan di dalam filem ini menandingi filem pertama, bahkan lebih lagi pada segmen-segmen tertentu.  Berlatar belakangkan kampung Berk 5 tahun setelah filem pertama berakhir, kini naga-naga yang merupakan golongan antagonis satu ketika dahulu telah berjaya dijinakkan dan menjadi sebahagian daripada komuniti Berk dalam kehidupan mereka sehari-hari. Hiccup kini meningkat dewasa bersama-sama teman-temannya Snotlout, Ruffnut, Tuffnut, Fishlegs dan juga Astrid. Jika dahulu, penduduk Berk sering berkonfront...