Skip to main content

Posts

Recent posts

Spider-man Into  the Spider-Verse

Setelah beberapa kali filem spider-man telah diadaptasi ke layar filem, akhirnya buat julung-julung kalinya filem naskah kisah berkenaan dengan  Spider-man  telah menerima layanan dalam bentuk animasi. Saya berpandangan yang naskah ini adalah satu bentuk perjudian di pihak Sony, kerana naskah-naskah sebelum ini telah berulang ulang kali menceritakan  origin story Spider-man , menjadikan Peter Parker sebagai teraju utama. Sehingga tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa penggemar filem sudah mula bosan kerana cerita yang sama dihidangkan kepada khalayak umum, sehingga mereka menjadi lali, kerana  memang rata-rata telah tahu dan maklum tentang kisah  origin story Spider-man . Kali ni fokus  Spider-man  bukanlah pada Peter Parker, tapi kepada pemegang teraju utama baru iaitu Miles Morales. Tengah berfikir? Pasal apa ye? Wah, macam sut Iron Man! Siapa Miles Morales ni? Kenapa bukan Peter Parker? Ha…  Yang ni akan dikup...

Ulasan Filem - How To Train Your Dragon 2

Bayangkan ini. Dunia dengan naga, dan anda mempunyai kemahiran untuk menjinak menunggangnya. Itulah premis terbaru yang menjadi fokus sekuel kepada filem How to Train Your Dragon yang pertama kali menjengah pawagam pada tahun 2010. Filem pertama bertemakan konflik kewujudan bersama antara manusia dan naga dan telah berjaya merungkai persoalan tersebut pada klimaks filem tersebut. Filem kedua ini membawa tema yang agak berbeza. Namun begitu, keterujaan yang cuba digarapkan di dalam filem ini menandingi filem pertama, bahkan lebih lagi pada segmen-segmen tertentu.  Berlatar belakangkan kampung Berk 5 tahun setelah filem pertama berakhir, kini naga-naga yang merupakan golongan antagonis satu ketika dahulu telah berjaya dijinakkan dan menjadi sebahagian daripada komuniti Berk dalam kehidupan mereka sehari-hari. Hiccup kini meningkat dewasa bersama-sama teman-temannya Snotlout, Ruffnut, Tuffnut, Fishlegs dan juga Astrid. Jika dahulu, penduduk Berk sering berkonfront...